sheWAA♥
The Little Owner


Tweet tweet

Story Mory Here

UITM Araustralia dihatiku
6 July 2014 | 2:26 am | 1 You Heart Me //

Assalamualaikum w.b.t


Pejam celik pejam celik dah lama aku tak update blog haha almaklumlah busy sikit nak prepare masuk belajar haha ayat kemain cliche baq hang.


Pejam celik pejam celik esok dah genap sebulan aku menjadi anak perantauan di bumi Araustralia Perthlis ni. Homesick ke statesick ke toksah nak habaq mai lah itu perkara biasa mana taknya dari timur sampai ke nun jauh ke utagha aku kena campak untuk sambung study. Dulu kemain ajet ajet paling jauh sambung study pun dekat key ell tapi last last......menangis tak berlaku aku haha tapi bila difikirkan balik aku datang sambung belajar sini pun bukan hanya 60% dari kerelaan aku sendiri tapi....mungkin ini jalan hidup yg Tuhan dah tetapkan untuk aku, Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Think positif!

Okay dah turn off mood sedih and now aku nak story morry lorry sikit pasal Araustralia pasal Uitm dihatiku ni haaaa. Aku tahu mesti ramai budak budak junior bila dapat masuk uitm araustralia ni pakat survey habis blog orang sebab nak tahu apa yg best apa yang best dekat tempat diaorang bakal sambung study. yeke idok?  hahaha sebab aku pun macam gitu jugak. tak tidur malam kes duk mengoogle pasal uitm arau pasal araustralia ni haha okay dah aku dah melalut panjang dah ni. Lol

Now aku nak cerita sikit my first impression bila dapat tahu aku kena pursue my study dekat bumi araustralia ni, Baca blog orang ni baca blog orang tu semua duk cerita pasal C-Mart. Ada yg cakap Arau ni nothing lah sebab takde shopping complex lah takde wayang lah. Haa aku dah cop Arau ni adalah bandar yang tak membangun yang lagi teruk dari bandar kemamang idamang. Check google map pun hanya KFC yg ada dekat bandar Arau ni. Aku pasrah dan mula menyerah memikirkan macam mana aku nak survive hidup dekat Arau nanti. Hahaha

Sehinggalah tiba masa first time aku menjejakkan kaki dekat bumi Arau ni. Semua telahan aku pasal Arau lenyap sebegitu saja. Siapa cakap Arau tak cantik weyh? ini semua dusta. Suasana sekeliling dia memang cantik dan mendamaikan dengan sawah padi. Aku dah mula terbit bibit bibit cinta dekat bumi Arau ni haha.Then, lalu dekat  bandar Arau. Dekat Arau ada jelah KFC, Pizza Hut dan paling syokkkkkkk Subway. Kemaman dan Kuantan mana ada subway weyh. Aku kalau mai KL baru hilang rasa kempuanan nak makan Subway tu haaaa. Dalam hati aku ni dah mula rasa diperdaya dan ditipu oleh google maps hahaha. Tambahan MCD pulak baru dibina dekat sini haaaa so siapa kata Arau tak syok? Ini semua dusta.....bagi aku....Haha. Pasal Cmart pulak? Hmmmm C-mart tu boleh tahan besar okay. Gambaran C-mart yg boleh aku gambarkan untuk korang adalah C-mart ni ala ala Jusco tapi kecik je sikit dari Jusco. Dalam C-mart ada jual cool blog lagi. Haaaaa. Watson ada Guardian ada karoke ada bowling pun ada haaaaaaaa.


Next, Pasal tempat study sementara aku iaitu Uitm Arau Perlis. Aku ni hanya pelajar transit je dekat Arau ni. Kampus tetap aku dekat Uitm Tapah act. Aku pun tak tahu kenapa kena transit dekat sini dulu hmmm mungkin dekat Tapah tu fasilities dia banyak tak siap lagi kut. Pindah dekat sana bila pun aku tak tau.Apa yang aku tau hanyalah makan hahaha. Back to the topic, Uitm Arau ni tempat dia boleh dikatakan besar. Banyak tumbuhan hijau menghijau. Ada rusa. Ada stadium besaq. Boleh dikatakan not bad lah. Semput nak pi kelas itu perkara biasalah kalau dekat sini. Btw, aku amik course DIS. Diploma in Science aka Diploma in Skema haha jkjk! Diploma ni for me a little bit tough. Mana taknya dua minggu duk sini aku dah melalak menangis call parent sebab nak keluar dari Uitm haha tapi bila difikir balik belajar apa apa pun course apa pun semua susah. tak ada benda yang senang dalam hidup ni. Ni jalan hidup yang Tuhan dah tetapkan untuk aku :)















Hostel pulak. Hmm hostel siswi dekat sini ada banyak blok. Kesinai 1,2,3 dan 4. Dahlia 1 & 2 i guess. Dekat sini siapa mai awal time pendaftaran akan dapat hostel yg cantik yang selesa, sebilik dua org, meja belajar besar, katil single sorang satu dan.....bilik berlantaikan mosaic. Siapa tak jeles haaaa. Tapi nasib tak menyebelahi aku. Aku dapat bilik yg sebilik 3 orang,Tapi hostel dia for me not bad lah. Hmm aku malas nak membebel banyak hm biar gambar ajelah yang membicarakan semuanya, Lol


















My bed










My gewrobocks. haha







Meja study aka tempat tidur aku yg kedua haha





















  







The library.









ABC RM1.50 Only in UITM




























Gambar hiasan.












To be continue..........................................


































Photobucket


Older Post