sheWAA♥
The Little Owner


Tweet tweet

Story Mory Here

Vacation with love part two.
22 February 2014 | 3:51 am | 0 You Heart Me //
Assalamuaikum dan hai.



Seperti yang dijanjikan, entry kali ini sambungan entry yang lepas. Aku dah janji nak cerita pasal cerita lawatan dekat Cameron Highland. Aku terpaksa ambik nafas panjang panjang sikit untuk entry part two ni almaklumlah banyak tragedi menarik tertarik kau memang deboom time dekat cameron ni hahahaha.


Before baca entry aku yang tak berapa nak menarik ni mohon tahan nafas 10 minit dulu. Hahahaha okay lawak hambar~


Okay lets begin the story. cewah.


Okay kita terus lompat cerita time dekat cameron sebab tak ada cerita yang menarik pun dekat i city. Takkan nak cerita pasal aku panas dengan abang baju oren penjaga kereta langgar yang sesuka hati dia main langgar orang then ketawa macam orang gila. Takkan nak cerita aku menjerit macam tah pape masuk dalam rumah hantu dekat  i city tu kan? Haha,



Okay around pukul 7pagi kiteorang bertolak ke cameron highland dari RNR Tapah. Mee sup pak tam dekat RNR Tapah tu memang thumbs up lah haha lol tetiba, Okay, kiteorang sampai dekat Berinchang, Cameron Highland dalam pukul 9 pagi cenggitu. Nak check in hotel pun tak boleh lagi sebab awal sangat, so kiteorang singgah dekat ladang bunga yang tak dapat dikenalpasti nama tempat tu haha.
























Okay. Around pukul 1 tgh hari kiteorang check in hotel. Okay kiteorang check in dekat Hotel Jasmine. Hotel tu quite okay. Selesa pun selesa. Yang penting tempat dia strategik. Tengah tengah pekan Berincang. Berdepan dengan KFC haaaaaa. Yang penting bunga api boleh tengok live depan depan tingkap hotel. Haaa dah kenapa aku pergi promote hotel ni hahaha okay.


Okay ni masuk mood serius. Ayuh buat muka serius hahaha okay lawak hambar. Yang ni cerita saspen sikit. Boleh tahan saspen lah jugak sampai kiteorang tekad nak call 999. Hahaha okay.


Alkisah perkara saspen ni terjadi dalam around nak dekat pukul 2 ptg lah jugak. Okay kesalahan tatabahasa dapat dikenal pasti. Haha okay dah. Time tu aku, Hajar, Gee dan Ila tengah bebel membebel sesama sendiri, ada yang tengah test tilam bilik hotel tu empuk ke idok, ada yang tengah membebel tak ade siaran astro dekat chanel tv bilik hotel tu. Then tetiba ade orang ketuk pintu bilik kiteorang sambil cakap "room service" "room service". Kiteorang apatah lagi memang masing masing hairan bin ajaib, mana ada kiteorang call room service datang bilik kiteorang. Aku kemain lagi bersangka baik konon konon room service tu datang nak bagi seterika lah towel lah konon konon nya. yang lain muka dah naik cuak mencuak cuak.

So, ila dengan beraninya pergi lah bukak pintu bilik konon konon  nya nak face dengan si pengroom service tu. Bila ila dah bukak pintu tu then tetiba dia tutup rapat rapat tutup kuat kuat pintu bilik kiteorang tu. Dengan muka cuak muka takut dia berlari dekat kiteorang then cakap " kenapa roomservice pakai spec hitam? dah lah tinggi muka dia dekat dekat depan muka saya. mana ada roomservice pakai spec hitam macam tu. saya takut orang jahat je, orang sekarang bukan main kira". Haaaasudah memang semakin cuak mencuak cuak muka sorang sorang. Dan si room service ni still lagi laungkan " room service" "room service" dari luar pintu bilik kitaorang.


Apatah lagi memang bertubi tubi lah perkara negatif yang datang menyerang dalam otak masing masing. Kecuakkan masing masing nak nak ila memang tak dapat digambarkan dengan kata kata. Tak cuak apanya. Si pengroom service tu tak reti reti nak blah then still sebut "room service" "room service" walaupun kitaorang dah cakap kiteorang tak memerlukan apa apa room service. Semua orang memang dah menggelabah tak tahu nak buat apa. Nak call budak laki kat bilik sebelah pun diaorang sibuk solat jumaat. Then si room service tu pulak main sebut nama aku pulak dari luar bilik. Semakin cuak ah memasing sebab time check in hotel tu kad bilik hotel kiteorang tu under nama aku. Hasudah. Aku konon kononnya berlagak berani nak pergi lah buka pintu bilik tu sekali lagi sebab yakin konon kononnya selamatlah sebab pintu dah dikunci dengan selak rerantai tu tapi ila tak bagi aku bukak pintu. Semuaorang semakin panik tak tahu nak call sape ,then gee dengan pantasnya call ustazah yang jadi guide kiteorang time lawatan tu nak bagitau konon kononnya ada orang jahat kat depan pintu bilik kiteorang, Haha


Si pengroom service ni dah mula panggil nama aku, hajar, gee dan ila dari luar pintu. Hasudah aku rasa macam ada yang tak kena ni. Dengan perasaan curious yang membuak membuak aku pun apatah lagi pergilah bukak pintu bilik dengan perasaan yang acah acah berani. Ila dah standby dekat depan almari, konon kononnya kalau ada orang jahat dia nak menyorok dalam almari tu. Hahaha. Then aku bukalah pintu bilik tu then guess what siapa room service tu............


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Haaaa, ni lah room service yang pakai spek hitam yang berjaya buat kiteorang rasa cuak tahap tak dapat diungkapkan.


Aku apatah lagi bila nampak adny depan pintu bilik kiteorang memang aku melompat lompat menjerit jerit kalah kanakkanak ribena lah jawabnya. Aku rasa satu row bilik hotel tu digemparkan dengan suara aku. Hahaha. Semua muka yang cuak cuak tu dah bertukar menjadi muka teruja. Siapa tak teruja adny datang buat suprise lah kunon kunonnya untuk kitaorang. No wonder lah ustaz tanya " awak takde saudara ke yang tinggal dekat sini?" "nanti mesti saudara awak datang jenguk awak dekat sini nanti". Hahaha lol.


So apatah lagi memang sesi menjelajahi bumi Berinchang laaa jawabnya bila adny dah join kitaorang sekali. Kalau tak ada adny aku rasa memang duk terperap dekat KFC yang kat depan hotel kitaorang tu je aku rasa hahahaha.


So kiteorang berjalan kaki pergi Big Strawberry farm ke apatah nama dia hahaha. Jauh tu aku rasa adalah dalam 2 km lebih kot kiteorang jalan kaki pergi situ. Letih semput dan sewaktunya toksah cakap lah tapi disebabkan perasaan nak pergi jalan jalan tu membuak buak tahap maksima memang tenggelamlah rasa letih tu hahahaha hamboi punch line aku hahaha.


smoothie strawberry dia memang pergh kebabom.Hilang sakit perut minum ni. Haha























kumpulan sore eyes sedunia hahaha
















































Hajar comel cantik suka makan kayu keramat hahahaha











































































aku rasa ni gambar candid paling kelakar hahaha macam disebalik tabir buat klip video je sensorang haha











sebenarnya gambar candid dekat atas tu disebalik tabir untuk pembikinan gambar ni hahahaha
















Okay sesudah sepetang kiteorang lepak dekat strawberry farm ni, malam nya pulak kiteorang pergi jenjalan dekat pasar malam dekat Berincang. Pasar malam tu depan sikit je dari hotel kiteorang. Pasar Malam tu quite okay. Sama aje besar dengan pasar malam dekat padang astaka cuma lain nya pasar malam kat Berinchang tu ramai orang jual buah setoberi dengan key chain haaaa.





Menikmati durian yang boleh tahan sedap di pasar malam Berinchang.



Lepas jenjalan dekat pasar malam. Menggila dekat pasar malam kiteorang makan malam dekat kedai tomyam apatah nama dia. Kedai makan tu dekat je dengan pasar malam Berinchang tu. Makanan dia memang superb sedap. Terima kasih untuk ustaz zul sebab belanja kitaorang makan malam. Btw, isteri ustaz comel hehehehe.


Bayangkan kiteorang pakai benda alah yang dekat atas kepala tu dekat pasar malam then dekat kedai makan. memang sah sah orang tengok lebih kurang. Hahaha tapi kiteorang tak kisah asalkan kiteorang happy. Cewah.




So, lepas balik makan semua sampai bilik apatah lagi memang buat event tergempar lah. Haha malam tu kiteorang main game truth or dare. Memang dare sungguh game tu. Then kiteorang buat parodi yang tak dapat dimention kan hahahahaha. Okay lepastu tetiba ada bunyi bunga api kat luar bilik kiteorang. Memang rezeki kitaorang malam tu dapat tengok bunga api sempena sambutan cap go mey ke macam mana tah eja dia hahahaha.



Tu dia ceq nak habaq mai haaaa bunga api betui betui depan tingkap bilik hotel ceq haha.






Okay pagi keesokkan harinya. Kiteorang dah kena gerak balik kemamang idamang. Ikutkan hati nak aje aku rampas tempat driver bas tu then drive bas pergi penang ke perlis ke mana mana ke hahaha tapi apakan daya budak budak junior dah bising homework diorang bertingkek tingkek kat rumah hahaha kesian.



Before balik tu kiteorang singgah dekat Kia Farm, shopping shopping setoberi dan sewaktu dengannya lah. Then singgah MARDI dekat area Tanah Rata. Dekat MARDI tu tempat kebun kebun buah, bunga dan etc. Aku nak membebel banyak banyak pun aku dah semput nak menaip. Hahaha






















Okay lepas habis berjimba jimba di MARDI. Tempat last persinggahan kiteorang ialah dekat Bharat Tea. Dekat situ ada kebun teh alah boleh lah fenfeeling buat video deritaku bahagiamu dekat situ hahaha. Dengan cuaca yang sejuk berangin memang semakin membuak buak lah fenfeeling tu hahaha.
































Tandas dia memang open tersangat lah open hahaha








Okay dah tak ada pape untuk diceritakan. ceritanya lepas tu kiteorang gerak balik kemamang idamang. Aku pun kekurangan kekontangan idea untuk menaip. Maaf andai ayat aku yang tak masuk dek akal almaklumlah setahun aku tak berjinakkan diri dalam menaip naip menulis entry four five six dekat blog ni. Hehehe aku pun naik semput menaip entry kali ini. So, Bye, Assalamualaikum :)

























































  Photobucket


Older Post | Newer Post